MY FAMILY

MY FAMILY
kaulah segalanya...

Friday, 23 October 2015

 HITAM PUTIH KEHIDUPAN
  
3.18pm/23.10.15/friday
 
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam Perak Amanjaya. (overan pulak)
Hari ini nak share sikit about one story ni. Nak tahu apa? kene tunggu la ...... ok bye 
(nak mandi, nak makan,nak tidur blalalaallaal.....) 
Lepas habis je semua, saya akan update cerita tu ea.. hehe  Assalamualaikum. bye bye

Monday, 28 September 2015

DAIRY RUTINE FOR TONIGHT

2.16 am  29/9/15  Tuesday

Assalamualaikum, just wanna share what im doing right now. Tak tahu kenapa mata buat hal tiba tiba tak boleh nak lelap pulak. So i turn onn my televisyen and watching my favourite drama 'MENCINTAIMU' love sharnaaz ahmad. Ehh? tiba tiba pulak? whatever.. huhuhu

Apa perkembangan saya sekarang? sangat seronok.. sebab im still at home, basuh kain hari hari, sapu rumah, kemas rumah, tengok tv, makan, tidur . Best kan? bukan saya seorang pemalas tak nak cari kerja but belum ada rezeki. Macam macam apply, tapi nampaknya satu pon belum sangkut lagi, i dont know why tapi itulah dinamakan rezeki seseorang. Janji kita dah usaha itu sudah memadai. Dont give up, masih berusaha mencari peluang pekerjaan. Insyallah. Kelakar je bunyinye. Hahaha

Nak bercerita sikit tentang gelagat manusia, setiap manusia lain lain peelnye kan? Ada baik, ada yang tidak. Kadang kadang kita tak sangka sesuatu bende itu akan jadi begitu. Saya nak share sikit cerita berkaitan dengan gelagat manusia ni. Ini berkaitan dengan hutang. Kita nak pinjam duit orang punya lah beriya iya kita mintak, merayu rayu, meminta minta selagi tak dapat. Tapi bila dah dapat, liat pulak nak bayar kan? inilah manusia.

Ada sebuah cerita ni, seorang wanita muda meminjam wang kepada wanita tua.

WANITA MUDA = A
WANITA TUA = B

A meminjam duit kepada B kerana A ketika akan mendirikan rumah tangga. Tetapi setelah beberapa bulan A tidak membayar hutangnya kembali kepada B. Puas B meminta hutangnya kepada A. Tetapi A tidak mengendahkan B dan sampailah dekat setahun, hutangnya masih belum dilangsaikan. Jika dia bagi alasan dia tidak bekerja mustahil kerana dia kini sedang giat dalam satu perniagaan ni. Jika dia bayar rm50 setiap bulan pon sudah memadai. Lama lama hutang itu akan langsai jugak. Rm10 sebulan pon tiada masalah, asalkan kita bayar. Ini tidak, bila B berselisih dengan A di tepi jalan, A seakan akan berkelakuan seperti tiada apa apa yang berlaku diantara mereka. B nekad menggunakan cara yang lain yang iaitu meminta hutang A kepada ibu A, pon tiada respon daripada pihak A. Sehingga kini hutang itu masih belum dilangsaikan. Kita yang memberi wang ni telah menjalankan tanggungjawab kita dengan meminta wang kita kepada penghutang. Tapi jika tiada respon daripada penghutang? what we gonna do? Halalkan? Insyallah boleh, tapi selagi kita hidup ni, bayarlah.. Walaupun kita tiada wang, carilah wang dengan cara apa sekalipun as long hutang kita telah dilunaskan. But remember, carilah duit dengan hasil yang HALAL.
Ingat? Pandai berhutang , pandai bayar balik even orang yang kita berhutang itu darah daging kita. Be responsible.

Ok that it for tonight. Insyaallah, tomorrow we continue with a another story. Good Night

                                                                                                                                  3.07 am 29/9/15



Saturday, 25 July 2015

Assalamualaikum , apa khabar semua ? saya just nak bagitau yang saya sekarang ni sihat. Opppss!! bukan sihat sahaja, tapi bertambah tambah sihat sejak tibanya lebaran ni. Sebelum raya okay je seluar baju, tak sendat pon. Bila tiba raya, nauzubillah.. ketat semuanya. hehehehehehe , raya la katekan.. tak nak menghampakan tuan rumah, dorang suruh makan, kita makan.. tak elok menghampakan orang kan ? tak baik.. natijahnya badan macam belon. Sekian. hihihihihi

Saya nak share sikit kenangan lebaran pada tahun 2015 ni, tahun ni rase macam kurang meriah. Mungkin disebabkan tak ramai yang balik kampung. Kakak sulung balik rumah mak mertua, tapi tak kesah la kan.. itu kewajipan die. Sama jugak mysis suraya, pagi kat rumah then tengah hari balik rumah mak mertua. Kewajipan suami isteri jika tibanya lebara. hihihihi.
Tapi alhamdulillah semua balik, tapi pagi raya tak semua yang ada membuatkan ku agak hiba la, kononnye....
Saya nak share sikit moment raya 2015 keluarga TUAH + SAWIYAH :D


                                                                  TARAAAAAA !!!





















Tapi tak lupe jugak myoldersister and myabangazril kirim gambar raya die kat keluarga mertua:-



Inilah sebahagian daripada keluarga saya. Love so much .. mmuuaahh, mmuuaahh, mmuuaahh

                                                                         THE END



Sunday, 14 June 2015

EMIR RIZQI

Assalamualaikum, nak cerita sikit pasal budak demok ni. Emir Rizqi nama diberi. Berusia 2tahun 4bulan. Ibunya Suraya binti Tuah adalah kakak ku dan ayahnya bernama Edi Arman. Dia ni seorang yang sangat manja, asyik nak berdukung je memanjang. Tapi ad satu kelebihan dia yang kadang-kadang susah nak ikut. Pandai bergambar. Suruh je buat posing, tup tup itu jugak dia akan ikot. Tengok gambar dibawah :- HAHAAHAHA

Kalau korang nak tau, dia ni pandai menyanyi tau.. tengok ni :- HAHAHAHA


Kalau korang nak tau jugak, dia pon pandai menari tau. Tak pecaya? tengok ni :-


Macam- macam dia. Kadang-kadang kalau tengah tension tu, cepat-cepat tengok video die ni. Hilang sikit tekanan tu. HEHEHEHE

Baru-baru ni, mysis ada cakap yang Emir Rizqi demam. 3minggu demam inn off. Risau jugak. But a few days later mysis bawa pergi klinik and doktor tu teros suruh refer ke hospital and sekarang ni Emir Rizqi ada kat hospital. Dah dua hari dia kat hospital. Doktor sahkan banyak kahak dalam paru-paru dia berkemungkinan kuman akan merebak. Alhamdulillah mysis cakap yang Emir Rizqi sekarang dalam keadaan sihat. Jika susut kahak dalam paru-paru tu, insyallah Emir Rizqi akan discharge petang ni jugak. Alhamdulillah Ya Allah, kau makbulkan doaku.

Ini antara gambar Emir Rizqi yang mysis post ke wassap tempoh hari:-


Semoga Emir Rizqi cepat sembuh dan boleh jalani hidup macam biasa okay, acu sayang Emir, nanti acu cuti, acu datang rumah Emir Rizqi okay? LOVE U EMIR RIZQI , mmmmmuuuaahhhh !!

Sunday, 7 June 2015

DIARIKU :
7/6/15 8.45PM

Assalamualaikum. Hari ni macam biasa, datang kerja pukul 10pagi habis kerja 10malam. Macam tula setiap hari. Sedikit letih sebab 12jam plus boring, mendapat la kan hehe . Tapi takpe, sebulan je. Saje nak cari duit raya. Hehe. Sambil sambil jual baju, tengok tengok jugak gelagat manusia zaman sekarang. Ada yang kelakar, ada yang sakit hati tengok. Macam macam peragai manusia. Hehe. Bercerita tentang berniaga ni, saya kurang gemar sebenarnya. Saya lebih suka bekerja di bawah orang. Ramai orang marah saya sebab dorang cakap saya seorang yang tiada berdaya saing. Haha. Tapi inilah diri saya, nak buat macam mana? no hipokrit. Jadi diri sendiri lebih baik, Hehe. Okay la. Sampai di sini sahaja coretan saya. Kita jumpa di lain hari. Selamat malam semua. Assalamualaikum

Saturday, 6 June 2015

Sekadar ingatan buat diri sendiri ...
Nukilan ini berdasarkan pengalaman disekeliling...
Semakin jauh perjalanan, semakin banyak pengalaman...

SEBUAH NUKILAN PERCINTAAN 

Dalam diam aku menyintaimu
Dalam diam aku menyanyangimu
Menyintaimu dengan penuh kasih sayang
Menyanyangimu dengan sepenuh hatiku


Bersungguh sungguh untuk menarik perhatiannya
Beria ria senyum manis kepadanya
Bermegah megah bila berselisih dengannya
Seronoknya rasa hati tidak terkata


Dalam tak sedar
Dia telah selamat diijabkabulkan
Hati ingin bertanya
Salah siapa?
Salahkan diri sendiri?
Mungkin jua


Aku akui
Aku tidaklah secantik isterinya
Aku tidaklah sehebat isterinya
Aku tidaklah segaya isterinya
Aku tidaklah sekaya isterinya
Tetapi aku redha
Kalau ini jodohnya

Ku iringi doa buatmu 
Semoga kau berbahagia hingga ke akhirnya
Salam sayang daripadaku
Pencinta yang setia.

Monday, 1 June 2015

Dugaan

Motivasi Diri : DUGAAN

Hidup ini penuh dengan dugaan. Kita sebagai manusia biasa haruslah menempuhi dugaan itu sebagai cabaran dalam diri kita. Tuhan menduga hambanya untuk menguji tahap kekuatan dalam diri kita supaya kita akan menjadi semakin kuat untuk menempuhi liku liku kehidupan pada masa hadapan. Sekaligus, menunjukkan Tuhan sayang akan hambanya. Persoalannya disini, kebanyakkan manusia sering menyalahkan takdir mengapa dugaan yang berat diberikan kepada mereka. Yang pasti, Tuhan tahu kemampuan kita, Dia tidak akan menguji kita diluar kemampuan kita. So, please henti salahkan takdir. Dia yang lebih berkuasa daripada segala galanya. Jika terjadinya sesuatu dugaan itu, pokok pangkalnya diri kita. Bagaimanakah cara untuk kita menanganinya, yang penting haruslah berlandaskan ajaran islam yang sebenar. Janganlah sampai bertentangan dengan ajaran islam. Kalau diikutkan ajaran islam adalah sangat tenang dan mudah. Tetapi dengan pemikiran kita yang sangat sempit, ia berkemungkinan akan menjadi lebih susah dan rumit. Dengan kata kata terakhir, jika terjadi sesuatu dugaan itu, tempuhilah dengan hati yang tenang, berlandaskan ajaran islam dan janganlah menyalahkan takdir wahai manusia . Sekian sahaja coretan saya pada petang ini, apa yang saya coret ini bukanlah saya tuju kepada sesiapa. Ini adalah umum. Menyusun sepuluh jari ampun dan maaf. Assalamualaikum.

Monday, 13 April 2015

DAIRIKU

Assalamualaikum.. coretan hari tak banyak pon, just nak share apa yang saya buat hari ni. Hari ni saya tidur lepas tu bangun makan then tidur balik, lepas bangun teros bukak laptop and make a dairi. Sound is trouble right? hahaha, bosan la tak tau nak buat apa hari ni. Oklah, nothing to say. Semoga hari anda berjalan dengan baik hari ni dan selama lamanya. AMIN , sekian.